Kenyataan Mohd Amar bukti Pas tak mampu fikir kaedah selesai isu air Kelantan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KENYATAAN Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengenai isu air di Kelantan disifatkan bukti bahawa Pas sudah tidak lagi mampu memikirkan kaedah penyelesaian yang baik buat rakyat di negeri tersebut.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Pas sebaliknya membiarkan isu air itu menjadi tanggungjawab rakyat Kelantan sendiri.

Menurut Nik Nazmi, kenyataan Mohd Amar bahawa ‘rakyat Kelantan pandai menggali sendiri telaga’ jika air dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mempunyai masalah merupakan satu kenyataan tidak bertanggungjawab dan membimbangkan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Pas sepatutnya menggunakan pendekatan lebih holistik dan proaktif bagi menangani isu keperluan asas rakyat.

“Umum mengetahui bahawa bekalan air Kelantan sememangnya bermasalah dengan sebahagian besar penduduk negeri tersebut tidak dibekalkan dengan air yang berkualiti, bersih dan konsisten.

“Dalam setiap lawatan saya ke Kelantan, saya terpaksa berhadapan dengan aduan penduduk mengenai bekalan air di kawasan mereka dan keadaan ini sudah menjadi lebih teruk kebelakangan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Masalah air bukan isu besar di Kelantan – Mohd Amar

Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR turut mengingatkan bahawa sebarang pembinaan telaga untuk tujuan pengambilan air bawah tanah perlu mematuhi keperluan undang-undang dan garis panduan pihak berkuasa.

Katanya, ini kerana risiko kandungan logam yang tinggi boleh membahayakan kesihatan.

Sehubungan itu, beliau berkata, kenyataan Mohd Amar membayangkan Pas lebih rela membiarkan rakyat menanggung beban kewangan menggali air bawah tanah akan membahayakan kesihatan sendiri amat tidak patut dikeluarkan bagi seorang wakil pegawai tinggi kerajaan negeri.

“Saya melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan terus memantau keadaan air Kelantan.

“Malah, saya ingin mengulangi komitmen Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu bekalan air di negeri itu sebagaimana kelulusan suntikan dana jangka masa pendek dan reformasi struktur pengendali operasi air di Kelantan,” katanya.

Terdahulu, Mohd Amar dilaporkan berkata masalah air yang dihadapi sekian lama di beberapa kawasan di Kelantan bukan satu isu besar bagi penduduk di negeri itu.

Beliau berkata, penduduk Kelantan sudah memahami permasalahan tersebut dan mempunyai inisiatif untuk menyelesaikan sendiri permasalahan berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This