Lelaki ditemukan mati dalam teksi

Dari Penulis

Seorang lelaki warga tempatan ditemukan maut di dalam sebuah teksi dipercayai miliknya berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir di Kuala Nerus, malam tadi.

Mangsa berusia 51 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk penumpang belakang teksi berkenaan dengan beberapa kesan kecederaan pada badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mangsa pada pukul 10.56 malam.

“Sebaik terima laporan, polis mengerah sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi berkenaan bagi menjalankan siasatan.

“Siasatan mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada mangsa dan dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Rahim berkata hasil siasatan turut menemukan sebilah pisau di atas pelapik kaki bahagian pemandu teksi berkenaan.

Susulan itu, katanya pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 29 tahun untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan siasatan lanjut sedang berjalan bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya.

— BERNAMA

TAG: polis, teksi, Klinik Kesihatan Seberang Takir, HSNZ, maut.
NAZ SMS RAM

Friday , 11 August 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hak Johor terus diperjuang, hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dipelihara – Onn Hafiz

KEPENTINGAN serta hak Johor akan terus diperjuangkan oleh kerajaan negeri itu sambil menjaga hubungan profesional dan baik dengan Kerajaan...

More Articles Like This