Saya beri sokongan kepada Reezal, bukan parti – KJ

Dari Penulis

KEHADIRAN Khairy Jamaluddin dalam kempen Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hanya berasaskan sokongan kepada sahabat, bukan kepada parti.

Itu penegasan Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO ketika ditanya sama ada beliau sudah kembali menyokong UMNO ketika ini atau tidak.

Menurut Khairy, Reezal Merican merupakan sahabat baik beliau ketika berada dalam UMNO sebelum ini.

“Saya datang ke Bertam atas alasan persahabatan dengan Reezal Merican. Beliau adalah kawan baik saya dalam UMNO dulu. 

“Saya tahu dia boleh buat kerja dan pandai selain memiliki banyak pengalaman sama ada dalam parti atau kerajaan.

Khairy Jamaluddin hadir memberi sokongan kepada Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam kempen di DUN Bertam semalam. GAMBAR: Facebook Reezal Merican

“Beliau juga adalah pewaris perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini. 

“Saya tak mahu ia terputus, Pak Lah (Abdullah) wakil rakyat di sini sejak 1970-an dan harap Reezal Merican dapat meneruskan ini walaupun ada sedikit gangguan pada PRU15,” katanya.

Baca juga: Tangkapan, pendakwaan Sanusi beri kesan positif kepada PN – Khairy, Shahril

Mengulas lanjut, Khairy turut menyeru pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam untuk keluar mengundi.

Menurut Khairy, beliau tahu ramai yang bimbang untuk memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) disebabkan faktor tertentu.

Beliau turut menegaskan bahawa undian terhadap Reezal Merican bukan bermakna undi kepada individu lain yang dikatakan menjadi faktor penolakan pengundi di situ.

Khairy Jamaluddin hadir memberi sokongan kepada Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam kempen di DUN Bertam semalam. GAMBAR: Facebook Reezal Merican

“Sangat penting (untuk keluar mengundi) sebab tanggungjawab kita untuk pilih calon terbaik. Di Bertam ini saya tahu ada ramai enggan mengundi calon BN disebabkan faktor tertentu. 

“Ketepikan BN itu sekejap, tengok Reezal Merican. Undilah beliau.

“Satu undi untuk Reezal Merican (hanya) untuk Reezal Merican, tak lebih daripada itu. Satu undi untuk Reezal Merican bukan untuk Zahid Hamidi (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi),” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut menafikan dakwaan bahawa beliau sudah kembali ke dalam UMNO.

Tegas Khairy, beliau sama sekali tidak akan kembali kepada UMNO selagi masih ada pemimpin yang membenarkan salah laku kuasa dan korupsi di dalam parti tersebut.

Untuk rekod, Khairy turut turun padang menyokong kempen calon Perikatan Nasional (PN) di kawasan DUN Jeram, Datuk Harisson Hassan di sekitar Puncak Alam baru-baru ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This