Struktur gaji baharu penjawat awam akan diumum seawal Oktober – KPPA

Dari Penulis

PENJAWAT awam dijangka menerima berita baik mengenai perubahan elaun dan struktur gaji baru yang akan diumumkan oleh kerajaan seawal Oktober ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed, berkata ketika ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang memperincikan kajian serta maklum balas daripada responden penjawat awam untuk tujuan itu.

Katanya, JPA juga bersetuju mempercepatkan tempoh kajian itu selari dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan kerajaan memberi fokus terhadap struktur gaji dan elaun penjawat awam.

“Setiap kali kajian sedemikian berlaku, maka berlakulah kenaikan gaji penjawat awam,” katanya memetik laporan BH Online.

“Dalam tempoh terdekat ini ini, iaitu bulan 10 atau awal bulan satu (Januari) akan ada pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri,” katanya pada sidang media mengenai Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 1 Ogos lalu, JPA dalam satu kenyataan memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) pada 7 Ogos 2023 bagi membincangkan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Menurut JPA, mesyuarat itu diadakan susulan pengumuman Anwar bagi bagi mengkaji semua sistem saraan perkhidmatan awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This