CALON Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang tewas di kerusi tersebut, Sabtu lalu bercadang untuk memfailkan petisyen bagi membantah keputusan itu.
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu memaklumkan, pasukan peguamnya sedang meneliti perkara tersebut sebelum mengemukakannya ke mahkamah.
“Saya ada menerima pelbagai permintaan agar membuat petisyen kepada keputusan yang telah diumumkan.
“Pasukan peguam saya sedang meneliti dan mengumpul bukti bagi kita mengemukakan petisyen bantahan kepada mahkamah agar dapat diberikan pertimbangan sewajarnya.
“Insya-Allah kalau diberikan keizinan oleh Allah SWT (kita akan beroleh kemenangan). Kita serahkan kepada peringkat tertinggi (mahkamah) untuk membuat keputusan,” katanya dalam video dimuat naik di TikTok.
Kerusi Gombak Setia dimenangi penyandangnya, Muhammad Hilman Idham dari Perikatan Nasional (PN) menewaskan Megat Zulkarnain dengan majoriti tipis iaitu hanya 58 undi.
Baca artikel berkaitan: Hilman Idham menang tipis, hanya beza 58 undi
Muhammad Hilman memperoleh 30,299 berbanding Megat Zulkarnain yang mendapat 30,241 undi manakala calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali menerima 1,076 undi.
Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya bersama Barisan Nasional (BN) mempertimbang untuk memfailkan petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan beberapa kerusi dimenangi PN dalam PRN di Selangor.
Empat kerusi itu membabitkan DUN Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang mana majoriti kemenangan adalah rendah.
Selain Gombak Setia yang merekodkan majoriti 58 undi, tiga lagi kerusi dengan majoriti rendah iaitu Dengkil (407 undi), Sungai Kandis (167) dan Taman Medan (30).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

