Pembinaan LCS dijangka disambung bulan depan

Dari Penulis

PROJEK pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dijangka disambung semula mulai bulan depan, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

Beliau berkata, pembinaan LCS itu diteruskan selepas kontrak tambahan keenam projek tersebut ditandatangani pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Langkawi, Mei lepas.

“Lima kapal LCS akan diserahkan kepada TLDM secara berperingkat dengan kapal pertama dijangka diserahkan pada penghujung 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penutup Eksesais Angkasa dan Samudara (Eksesais ANGSA) Siri 14/23 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar, hari ini.

Mengenai projek Kapal Misi Pesisir (LMS), Abdul Rahman berkata ia masih lagi di peringkat mengenal pasti pembina sesuai untuk melaksanakan pembinaan projek itu berdasarkan spesifikasi ditetapkan TLDM.

“Peruntukan telah diberikan, kita mengharapkan kontrak tersebut dapat dimeterai selewat-lewatnya pada tahun ini dan pembinaan dapat dimulakan pada tahun depan dengan jangkaan 36 bulan untuk disiapkan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata Eksesais ANGSA yang menggabungkan TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), bermula sejak 28 Julai lepas melibatkan seramai 2,562 anggota yang turut merangkumi Tentera Darat Malaysia sebagai elemen sokongan dan pemerhati.

Baca artikel berkaitan: Tok Mat nafi terbabit skandal LCS, fitnah untuk bunuh karakter

Beliau berkata objektif eksesais itu antara lain untuk menilai saling boleh kendali TLDM dan TUDM khususnya dalam aspek 3P iaitu People, Process, Platform dengan penglibatan aset milik kedua-dua perkhidmatan.

“Ekesais ini signifikan dalam memastikan kedua-dua perkhidmatan mampu beroperasi sebagai sebuah angkatan tugas yang lebih serba boleh dan efisien di zon maritim Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata TUDM telah menandatangani kontrak pembelian pesawat peronda maritim baharu ATR 72 yang dijangka masuk dalam inventori TUDM mulai 2026, selain kontrak pembelian fasa pertama tiga unit sistem udara tanpa pemandu (UAS) buatan Turki.

Terdahulu, Mohd Asghar Khan ketika berucap pada majlis itu berkata selain meningkatkan tahap kesiagaan dan saling khidmat antara TUDM dan TLDM, Eksesais ANGSA kali ini adalah pemacu kepada penambahbaikan taktik, teknik serta prosedur antara kedua-dua perkhidmatan di peringkat operasional dan taktikal.

“Harapan saya usaha peningkatan elemen kebersamaan ini akan terus dipertingkatkan lagi di masa hadapan bagi membentuk sebuah angkatan tugas yang lebih matang dan diyakini dalam pelaksanaan operasi domain maritim secara kolektif,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This