Majestic Johor Festival 2023 kini kembali lagi buat tahun kedua yang dianjurkan oleh Tourism Johor.
Acara gilang-gemilang ini adalah kerjasama bersama Star Vendors Event Sdn Bhd yang akan berlangsung di Puteri Harbour, Kota Iskandar.
Acara ini mengumpul usahawan-usahawan daripada pelbagai sektor seperti fesyen, kecantikan, kesihatan, kembara, makanan , minuman dan lain-lain.
Selain itu, penglibatan agensi-agensi kerajaan dan juga 10 daerah negeri Johor akan juga membawa pelbagai produk dan perkhidmatan dari daerah masing-masing.
Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga artis versatil popular, Datuk Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, pihaknya amat bebesar hati dengan Tourism Johor yang telah memberi peluang kepada mereka untuk menguruskan acara tahun ini.

“Objektif utama acara ini dijalankan adalah untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan keluarga yang mesti di kunjungi.
“Tambahan lagi, ianya bagi meningkatkan jalinan kerjasama dengan semua pihak yang bertanggungjawab dalam usaha untuk mempromosikan negeri Johor dan keistimewaan setiap daerah.
“Matlamat penganjuran ini juga adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga,” katanya.
Majestic Johor Festival 2023 akan bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam pada 26 Ogos hingga 3 September ini.
Tahun ini, penampilan khas Pasukan JDT sempena ulang tahun penubuhannya ke-10.
Selain itu, pengunjung akan diberi peluang untuk menyaksikan Konsert “Road Tour” Gegar Vaganza yang akan di ditayangkan di Astro.
Antara aktiviti menarik yang akan diadakan adalah seperti mewarna untuk kanak-kanak, karaoke Star Voice, permainan kanak-kanak dan sebagainya.
Masuk adalah percuma termasuk konsert percuma setiap malam.
Juga ada di sana nanti pesta kopi dan pelbagai manisan, ‘booth’ Hard Rock café dan Harley Davidson.
Antara tarikan menarik sempena bulan kemerdekaan ke-66 ialah perarakkan kemerdekaan dan semestinya diakhiri dengan pertunjukkan bunga api.
Turut memeriahkan minggu tersebut adalah Hot Air Balloon yang dibawakan oleh Golden Value Ventures Academy secara percuma untuk 160 pengunjung terawal dengan syarat yang ditetapkan.
Selain daripada memberi peluang kepada usahawan tempatan, Majestic Johor Festival 2023 bakal menyaksikan pembabitan 60 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.
Antaranya, Wak Doyok, Datuk Sri Aliff Syukri, Khai Bahar, Sherry Ibrahim, Black Hanifah, Noraniza Idris, Hafiz Suip, Reen Rahim, Nadia Brian, Ramlah Ram dan ramai lagi.
Harapan kerajaan Johor menjadikan negeri Johor sebagai salah satu tarikan untuk pelancong berkunjung ke Johor.
Tambahan lagi, industri Pelancongan Johor menjadi potensi bagi menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan mampan di Asia.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

