Walid mendunia di Amerika Syarikat, angkat kisah penculikan & mempertahankan diri silat

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS kejayaan filem Geran yang ditayangkan pada 2019, kini Layar Pictures dengan bangga telah menerbitkan sebuah lagi filem aksi berjudul Walid.

Mengangkat tentang isu penculikan kanak-kanak, Walid merupakan sebuah filem aksi yang sarat dengan elemen seni mempertahankan diri iaitu silat.

“Untuk filem terbaharu ini, saya masih lagi mengangkat seni silat sebagai elemen aksi kerana secara peribadi saya memang meminat ilmu seni mempertahankan diri ini.

“Pada saya filem adalah salah satu medium untuk mempromosikan tentang sesuatu perkara dan sebab itu saya jadikan filem Walid ini sebagai medium menarik lebih ramai terutama sekali anak-anak muda mempelajari silat,” kata Areel selaku pengarah naskhah terbabit.

Ujarnya, filem terbaharu arahannya itu menyoroti pentingnya pendidikan kerana sesetengah ahli masyarakat ditolak hak untuk mencari pengetahuan.

Menurutnya lagi, Walid juga menggambarkan isu penting perdagangan manusia di mana kanak-kanak digunakan untuk menjadi komoditi dalam pasaran hitam global.

Walid bukan sekadar sebuah filem aksi semata-mata, malah turut mengangkat isu kemanusiaan dan kenegaraan dengan menerapkan silat yang merupakan warisan budaya sebagai ‘ramuan’ utama.

Menariknya, filem tersebut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Megat Sharizal, Namron, Fad Annuar, Fieyna Tajudin, Puteri Qaseh, Shamputra, Yusran Hasim dan ramai lagi.

Jelasnya, penggambaran pula dilakukan di negeri Kedah sekitar Februari tahun lalu iaitu ketika negara baru sahaja berakhir daripada pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Areel menjelaskan apa yang istimewanya tentang filem ini apabila barisan pelakon rata-ratanya mempunyai asas dalam seni mempertahankan diri.

“Untuk filem Walid, saya memang memilih pelakon yang ada ilmu silat kerana ia bergantung kepada keperluan skrip memandangkan ia adalah sebuah filem aksi.

“Boleh dikatakan 99 peratus pelakon yang terlibat dalam aksi pertarungan adalah pesilat sebenar dan itu yang menjadi kelebihan kepada filem Walid untuk menarik minat penonton,”ujarnya.

Pada masa sama, Areel juga berharap agar penonton dapat menerima karya baharunya itu, sama seperti filem arahannya sebelum ini.

“Selain terhibur dengan cerita yang dipaparkan, saya harap penonton dapat melihat sisi lain kepada naskah ini, terutama sekali dalam mengangkat warisan seni budaya kita sendiri sehingga ke luar negara.

“Malah, ia juga dibuktikan apabila filem Walid ini juga sudah ditayangkan di negara seperti Amerika Syarikat dan menunjukkan seni mempertahankan diri silat ini mampu menarik perhatian pihak luar,” jelasnya.

Sementara itu, salah seorang pelakon utama, Namron menyatakan bahawa di antara faktor-faktor yang dia bersetuju untuk menjadi pelakon dalam filem itu adalah disebabkan plot yang menarik.

“Saya melihat Areel ini sebagai pengarah yang sangat berbakat dan mampu menghasilkan filem yang memenuhi selera penonton.

“Bekerja di bawah arahan Areel bagi saya, dia seorang pengarah yang tenang tetapi mempunyai semangat seorang prajurit Malaysia yang tidak pernah menyerah,” katanya.

Diterbitkan oleh Layar Pictures Sdn. Bhd, Walid akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 14 September ini.

Pada masa sama, Walid juga telah ditayangkan Amerika Syarikat iaitu Cine Village, New York (28 Julai – 3 Ogos 2023) serta Leammle Glendale, Los Angeles (11 Ogos – 17 Ogos 2023). 

SINOPSIS

Walid menceritakan kisah seorang guru yang baik hati dan berdedikasi yang secara sukarela mengajar kanak- kanak yang kurang beruntung di sebuah kampung. 

Setiap kanak-kanak mempunyai masa depan yang cerah di hadapan mereka. Segala-galanya berubah selepas beberapa pelajarnya hilang daripada kelas. Dengan tanda- tanda dan petunjuk yang tersisa, beliau menjejaki penculik dengan bantuan ‘kawan-kawan’nya. 

Adakah murid- murid beliau masih hidup? Adakah beliau akan menemui mereka?

BARISAN PELAKON
Megat Sharizal – Walid
Namron – Pak Ku Fad Annuar – Yakpat
Fieyna Tajudin – Kinang
Puteri Qaseh Izwandy – Aisha
Shamputra – Zuki
Yusran Hashim – Hamzah
Taiyuddin Bakar – Sutun
Jebar Zulfar – Lela


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This