KERAJAAN diminta melihat dengan serius usaha membangunkan kemudahan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) agar transformasi digital dalam pengurusan alam sekitar dapat disempurnakan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan berkata, perkara itu antara yang dipelajari menerusi lawatan pertubuhan tersebut ke Hunan, China.
Jelasnya, pada lawatan tersebut, delegasi diperjelaskan bagaimana TVET berperanan membantu pembuat dasar di wilayah-wilayah China menghasilkan polisi alam sekitar yang jelas.
Katanya lagi, sebagai contoh, pengumpulan data yang baik dan sistem perkongsian maklumat berpusat untuk kaedah kawalan pencemaran serta penyebaran maklumat bagi mendidik masyarakat.

“Semua ini menawarkan sokongan untuk proses membuat keputusan, bergantung pada bagaimana ia digunakan.
“Pengurusan alam sekitar yang lebih lestari amat diperlukan kini terutama ketika kita turut berhadapan dengan kesan perubahan iklim yang ketara.
“…sehingga menyebabkan kematian serta kerosakan kepada harta benda, infrastruktur dan menjejaskan produktiviti ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: 91 klinik daif siap dibaik pulih, naik taraf – Dr Zaliha
Terdahulu, PKPB mengadakan lawatan dan kerjasama dengan Regulatory Policy and Technology Research Centre of Hunan Protected Area yang beroperasi di Changsha Environmental Protection College, Hunan, China
Delegasi terdiri daripada Mohammad Rizan; Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib dan Penasihat PKPB, Prof Datuk Dr Abdul Razak Omar.
Dalam lawatan ini, PKPB turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Changsha Environmental Protection College.

Ia bertujuan memberi peluang kepada bakat tempatan menimba pengalaman teknologi moden dalam konteks pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui inisiatif Belt & Road Initiatives (BRI) China.
Pada masa sama, Mohammad Rizan melihat, teknologi pendigitalan boleh membantu mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar seperti penggunaan tenaga yang menjadi semakin jimat dan cekap.
“Pembangunan teknologi pendigitalan bagi pengurusan alam sekitar ini akan membuka lebih banyak ruang kepada tenaga kerja negara yang lebih baik dalam bidang pembangunan teknologi digital, usahawan teknologi, bioteknologi dan sebagainya seperti yang diharapkan dalam Revolusi Industri 4.0,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

