Pemandu kereta polis bantuan potong baris disaman

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah mengeluarkan tindakan saman terhadap seorang pemandu kereta polis bantuan yang bertindak memotong barisan di Simpang Jalan Penghulu Abu Bakar, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit di laman X (Twitter) pada pukul 10.40 pagi semalam.

Beliau berkata, rakaman terbabit memaparkan sebuah kereta bernombor pendaftaran W4270D berlambang polis bantuan memandu secara tidak berhemah.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik Klang Selatan telah mengesan pemilik dan memanggil pemandu bersama kereta terlibat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemandu kereta tersebut telah disaman di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana telah mengabaikan peraturan lalulintas.

Hoong Fong berkata, orang ramai diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan berhemah di jalan raya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This