Pekerja syarikat pinjaman wang cedera terkena tembakan

Dari Penulis

Seorang pekerja syarikat pinjaman wang cedera di bahagian belakang bahu kanan selepas terkena tembakan dalam satu kejadian di Kampung Rhu Sepuluh, Penarik, di Setiu dekat Bandar Permaisuri, tengah hari tadi.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata kejadian berlaku pada 12.55 tengah hari ketika mangsa bersama dua rakan sekerjanya dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Setiu untuk menemui pelanggan yang ingin meminjam wang.

Beliau berkata ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki kereta Perodua Bezza didatangi dua kereta lain yang dipandu lelaki tidak kenali dan melepaskan tembakan secara tiba-tiba.

“Mangsa yang ketakutan melarikan diri sehingga keretanya terlanggar tiang lampu lalu terbabas dan terbalik di tepi jalan.

“Mangsa dan dua rakannya melarikan diri dengan memasuki kedai serbaneka di sebuah stesen minyak sebelum lari ke hutan,” katanya ketika ditemui Balai Polis Penarik hari ini.

Mazli berkata siasatan awal mendapati dua kereta dinaiki suspek yang bercermin gelap dan ditanggalkan nombor pendaftaran telah melarikan diri ke arah Besut.

Menurutnya siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian, di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan

“Kami harap mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu dan suspek boleh menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan,” katanya.

— BERNAMA

Thursday , 17 August 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This