Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz selamat dikebumikan di Sungai Petani

Dari Penulis

JENAZAH pemandu p-hailing, Allahyarham Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina, Khamis lalu selamat dikebumikan di Sungai Petani, hari ini.

Memetik laporan BH Online, jenazah Muhammad Hafiz telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Huda Kampung Jerong kira-kira pukul 3.45 petang tadi.

Lebih 200 jemaah dilaporkan menyertai solat jenazah diimamkan Bilal 1 Masjid Al Huda, Aziddin Mat Arifin.

Jenazah kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan berhampiran masjid bagi proses pengebumian kira-kira pukul 3.10 petang.

Suasana sedih menyelubungi di perkarangan masjid sebaik sahaja keluarga Allahyarham tiba dan berjumpa dengan saudara mara yang menunggu di masjid.

Baca artikel berkaitan: Nahas Elmina: Muhammad Hafiz kerja keras bantu kenduri kahwin adik

Terdahulu, penghantar makanan itu adalah jenazah pertama yang sah dikenal pasti identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Jenazah kemudiannya telah dimandi dan dikafankan petugas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berdekatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sebelum dituntut bapanya, Muhamad Salleh, 57, kira-kira jam pukul 9.30 pagi tadi.

Selepas itu, jenazah dibawa van jenazah JAIS sambil diiringi pasukan polis untuk ke Sungai Petani bagi proses pengebumian.

Nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam, kelmarin mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai di Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Muhamad Hafiz yang juga anak sulung daripada lima beradik adalah pekerja p-hailing yang kebetulan lalu di lokasi kejadian dan menjadi antara 10 mangsa yang maut dalam nahas terbabit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This