Taman Tasik Titiwangsa pilihan Ismail Sabri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AMALAN hidup sihat seperti bersenam bukan sahaja membuatkan badan lebih sihat, tetapi juga membantu setiap individu untuk mempunyai mood yang lebih baik.

Tidak mengambil mudah mengenai kepentingan bersenam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadikan amalan itu sebagai rutin beliau pada setiap hari Ahad.

Dalam perkongsian dengan UtusanTV hari ini, Ismail Sabri berkata, beliau memilih Taman Tasik Titiwangsa sebagai lokasi kegemarannya untuk melakukan aktiviti riadah secara santai.

“Seperti biasa, setiap hari Ahad jika ada berkelapangan saya akan jalan di Taman Tasik Titiwangsa dengan kawan-kawan dan kakitangan pada jam 5 petang.

“Selepas itu cari minum-minum kat warung. Hari ini hancur la senaman saya. Dah la dua pusingan. Biasa saya tiga pusingan (kira-kira 3.5 kilometer).

“Kena berenti awal sebab mereka nak berkelah pula. Saya ingat dia punya makanan tu lebih daripada peluh yang saya keluar. Tapi menyeronokkan,” katanya ketika ditemui UtusanTV di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.

Baca juga: UMNO perlukan perubahan drastik – Ismail Sabri

Ismail Sabri menambah, beliau mengalu-alukan orang ramai untuk datang beriadah bersamanya di Taman Tasik Titiwangsa sekiranya berkelapangan.

Sepanjang aktiviti riadah di situ, ramai pengunjung mengambil peluang untuk beramah-mesra dengan Ismail Sabri, selain mengambil kesempatan untuk bergambar dengan tokoh negarawan tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This