Nahas Elmina: Perakam suara kokpit dihantar ke Singapura untuk analisis

Dari Penulis

KOTAK perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam di Selangor pada Khamis lepas, telah dihantar ke sebuah makmal di Singapura bagi mendapatkan semula data rakaman suara 30 minit terakhir sebelum nahas untuk dianalisa.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Malaysia berdepan kesukaran untuk mendapatkan data rakaman berkenaan kerana CVR yang mengandungi memory puck itu berada dalam keadaan tidak sempurna dan hangus terbakar.

Beliau berkata, meskipun luaran perakam suara kokpit itu hangus namun memory puck yang menyimpan data rakaman suara kokpit 30 minit terakhir itu masih elok, cuma Malaysia tiada kepakaran untuk mendapatkan data itu

“Oleh sebab kita tidak ada peralatan untuk retrieve data berkenaan, jadi memory puck itu telah pun dihantar ke Singapura semalam,” katanya dan menambah Malaysia akan dibantu Transport Safety Investigation Bureau (TSIB) Singapura untuk mendapatkan semula data rakaman itu.

Bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Semarak Merdeka dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan, hari ini, Loke berharap semua pihak dapat memberikan masa kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan analisis rakaman nahas itu.

Baca artikel berkaitan: Nahas Elmina: Agong perkenan kurnia sumbangan kepada waris-waris mangsa

“Kita tidak pasti (berapa lama) dan kita cuba yang terbaik untuk mendapatkan rakaman itu, bila dah dapat kita akan terus umumkan. Kita pun nak cepat (umumkan) tapi ada isu-isu teknikal yang perlu diatasi,” katanya.

Dalam kejadian Khamis lepas, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing ialah rider p-hailing dan pemandu e-hailing, yang menggunakan lebuh raya berkenaan.

Loke berkata laporan siasatan awal nahas pesawat itu, yang disediakan oleh BSKU dan dibantu oleh The National Transportation Safety Board (NTSB) Amerika Syarikat, akan didedahkan dalam tempoh sebulan.

“Wakil NTSB dipanggil membantu siasatan kerana pesawat itu didaftarkan di US,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sambutan luar biasa, 6,613 unit MyKiosk berjaya diisi dan beroperasi sepenuhnya

SEBANYAK 6,613 unit atau 91.3 peratus daripada keseluruhan program MyKiosk yang telah dibina berjaya diisi dan beroperasi sepenuhnya sehingga...

More Articles Like This