Tular penunggang motosikal tinggalkan teman wanita selepas ditahan polis

Dari Penulis

TULAR video memaparkan aksi seorang penunggang motosikal meninggalkan teman wanitanya dalam satu sekatan jalan raya di Kelapa Gading, Jakarta Utara pada petang Ahad.

Memetik laporan Suara Sumedang, dapat dilihat menerusi video kejadian penunggang lelaki dan pembonceng wanita ditahan anggota polis trafik kerana tidak memakai topi keledar.

Selepas diarahkan berhenti, penunggang motosikal telah meminta kekasihnya untuk turun dari motosikal.

Saat dilihat anggota polis itu sibuk menahan kenderaan lain, penunggang motosikal kemudian bertindak melarikan diri.

Pembonceng wanita itu dilihat terkejut akan tindakan tersebut terus berlari mengejar kekasihnya.

Anggota polis trafik tidak menyedari akan kehilangan penunggang motosikal tersebut dan meneruskan tugas menahan kenderaan lain.

Tindakan penunggang motosikal yang meninggalkan kekasihnya hanya untuk menyelamatkan diri sendiri menyebabkan warganet mempersoalkan kesetiaan pasangan itu.

“Mba. Semoga itu sebagai bukti klo dia memang tidak bisa tanggung jawab,” tulis Rianbpermana.

“Baru uji pak pol aja dah maen kabur aja. Gmn ujian rumah tangga?,” kata Yashandylfuego1010.

“Mbk jgn dikejar mbk… Laki model begitu kok dikejar,” ujar Aurima_sayang.

Difahamkan, kesalahan tidak memakai topi keledar termaktub di dalam Undang-Undang Nombor 22 2009 tentang lalu lintas dan angkutan jalan serta boleh dikenakan denda sebanyak RM 75 atau 250.000 rupiah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This