DATUK Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi penjelasan berhubung isu Menteri Besar dan exco memegang lebih daripada satu portfolio dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, Kabinet Negeri hanya mempunyai 11 orang dan setiap exco akan memegang banyak portfolio untuk diselaraskan dengan Kerajaan Persekutan.
Katanya, perkara itu berbeza di peringkat Kerajaan Persekutuan yang mana Kabinet mempunyai 28 orang dan setiap menteri memegang dua hingga tiga portfolio.
“Kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia (2022) ada 28 orang dan setiap Menteri pegang dua atau tiga portfolio.
“Kabinet Negeri cuma 11 orang dan setiap exco akan pegang banyak portfolio untuk diselaraskan dengan kerajaan persekutuan.
“Ada juga struktur dalam Kerajaan Negeri yang tidak wujud di persekutuan dan begitu juga sebaliknya,” katanya dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Baca juga: CAAM larang penerbangan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai
Untuk rekod, Muhammad Sanusi memegang portfolio portfolio terbesar iaitu lapan berbanding tujuh ketika beliau mengangkat sumpah jawatan pada 2020 lalu.
Beliau memegang portfolio Perancang Negeri; Hal Ehwal Tanah; Hasil Bumi; Mineral dan Geosains; Kewangan; Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri; Majlis Tindakan Ekonomi Negeri; Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan Kerjasama Luar.
Daripada 11 exco bagi Kabinet Negeri Kedah, tujuh mewakili Pas, tiga mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan satu mewakili Parti Gerakan Malaysia (Gerakan).
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dengan pembangkang hanya menang tiga kerusi sahaja.
Komposisi DUN Kedah ketika ini menyaksikan Pasmenguasai 21 kerusi, Bersatu (11), Gerakan (1), manakala PKR (2) dan DAP (1).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

