POLIS kini menyiasat kejadian seorang lelaki yang memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, pagi kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian pukul 9.19 pagi itu, suspek berbangsa Cina telah memandu di lorong pertama.
Sementara pengadu seorang lelaki Melayu menunggang motosikal di lorong kedua dari arah Pusat Bandar Kuala Lumpur ke Mid Valley.
“Sampai di lokasi kejadian, suspek telah memandu secara merbahaya dengan mengbah haluan ke lorong kedua lalu membrek secara mengejut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ekoran kejadian itu, pengadu yang gagal mengawal motosikal telah melanggar bahagian belakang kereta terbabit.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

