KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan pemeriksaan Tahap 4 (Pengawasan) di pintu masuk negara terhadap produk makanan berisiko tinggi yang diimport dari Jepun.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan memaklumkan, langkah itu adalah untuk menganalisis kandungan bahan radioaktif sekiranya terdapat dalam produk makanan tersebut.
Jelas beliau, ia susulan pemakluman tindakan pelepasan sisa air radioaktif terawat Fukushima oleh pihak berkuasa Jepun bermula 24 Ogos lalu.
“Dalam tempoh 2022 sehingga Jun 2023, produk makanan ikan dan hasilan ikan adalah di antara produk yang tertinggi diimport dari Jepun disusuli dengan produk buah-buahan, sayur-sayuran dan selebihnya adalah makanan dan minuman terproses dengan nilai keseluruhan iaitu RM880,115,437.
“KKM peka dan prihatin terhadap keresahan pengguna terhadap perkara ini. Dalam hal ini, KKM sentiasa menjalankan pemantauan di pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan keselamatan makanan adalah terjamin,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.
Baca juga: KKM lulus 359 rayuan pertukaran penempatan pegawai perubatan setakat ini
Untuk rekod, pelepasan sisa air radioaktif terawat Fukushima adalah mengikut standard keselamatan Jepun yang akan dilaksanakan
secara berperingkat dan telah mendapat kelulusan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 4 Julai lalu.
Dr Muhammad Radzi berkata, di Malaysia, cemaran radionuklid adalah dikawal di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Jelas beliau, standard antarabangsa Codex pula telah mengeluarkan General Standard for Contaminants and Toxins in Food and Feed, CXS 193-1995 sebagai panduan untuk kawalan cemaran radionuklid dalam makanan.
“Susulan insiden letupan loji nuklear akibat gempa bumi yang berlaku di Fukushima, pada 2011, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan
Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan ke atas produk makanan yang diimport dari Jepun bermula Mei 2011 sehingga April 2012.
“Satuprogram pemantauan khusus turut dijalankan pada 2019 di mana sebanyak 102 sampel telah dianalisis dan kesemua sampel didapati tidak melebihi kadar yang telah ditetapkan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

