Jin Wei sukar tandingi Se Young

Dari Penulis

BEKAS juara remaja dunia, Goh Jin Wei terpaksa akur dengan jurang standard dengan kelompok utama dunia apabila ditunjukkan jalan keluar oleh pemain nombor satu dunia, An Se Young pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagn, Denmark, hari ini.

Pemain wanita dari Korea Selatan itu hanya mengambil masa 35 minit untuk menewaskan Jin Wei, pemain nombor 35 dunia dengan keputusan 12-21, 12-21 pada aksi pusingan kedua di Royal Arena.

Se Young, pemenang pingat gangsa pada edisi tahun lalu,  akan menentang pemenang antara pemain Amerika Syarikat Beiwan Zhang dan wakil Scotland, Kirsty Gilmour pada aksi pusingan ketiga esok.

Sementara itu, empat gandingan negara ,mara ke pusingan kedua esok selepas melepasi halangan pertama.

Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing melangkah ke pusingan kedua selepas dengan mudah mengatasi pasangan Maldives, Hussein Zayan Shaheed-Fathimath Nabaa 21-4, 21-6 dalam masa 21 minit.

Kian Meng-Pei Jing, yang berada di ranking ke-21 dunia, akan bertemu pilihan ke-12 kejohanan dari Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran.

Dalam acara beregu lelaki, naib juara Masters Malaysia 2023, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pusingan kedua pada penampilan sulung di kejohanan dunia dengan menewaskan wakil Perancis, Lucas Corve-Ronan Labar 21-17, 21-18.

Gandingan itu akan menentang Choi Sol Gyu-Kim Hon Ho dari Korea Selatan pada pusingan kedua esok.

Sementara itu, beregu wanita negara, Anna Cheong Ching Yik-Teoh Mei Xing melakukan kejutan besar apabila menyingkirkan beregu nombor 36 dunia, Annie Xu-Kerry Xu dari Amerika Syarikat, denan keputusan 21-14, 21-18

Beregu muda negara  menduduki ranking 251 dunia itu akan menentang pasangan Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai pada pusingan kedua.

Beregu profesional negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut melangkah ke pusingan kedua selepas mengalahkan pasangan adik-beradik dari Sweden, Moa Sjoo-Tilda Sjoo 21-14, 21-12.

Laluan sukar menanti beregu negara nombor 32 dunia itu apabila berdepan dengan pilihan kelima kejohanan ,Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dari Jepun, esok.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This