SEORANG lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota polis ditahan selepas terlibat dalam kegiatan samun di sebuah hotel dekat Damansara Utama, Petaling Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun pada pukul 12.56 petang.
Beliau berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan polis di Shah Alam pada pukul 2.30 petang.
“Modus operandi suspek ialah menyamar sebagai anggota polis untuk menjalankan pemeriksaan sebelum menyamun mangsa.
“Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM3,000,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, turut dirampas beberapa barangan serta pakaian yang digunakan ketika kejadian.
Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau jenayah dan tiga rekod lampau dadah.
“Hasil ujian air kencing suspek juga positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya.
Suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

