Sindiket seleweng diesel lumpuh, 15 pekerja perkapalan ditahan

Dari Penulis

POLIS berjaya melumpuhkan sindiket penyelewengan minyak diesel melibatkan sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka negara selepas 15 lelaki ditahan dalam operasi di beberapa negeri pada Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata semua lelaki berusia 29 hingga 52 tahun itu ditahan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata siasatan mendapati sindiket itu aktif di Pantai Timur yang disertai individu daripada pelbagai jawatan dalam bidang perkapalan.

“Sindiket itu aktif sejak 2021 yang mengakibatkan syarikat minyak terbabit mengalami kerugian kira-kira RM13.5 juta.

Mereka dikesan menjual semula baki minyak diesel yang diperuntukkan kepada setiap kapal logistik marin kepada pembeli secara haram dengan harga jualan yang ditawarkan adalah sekitar RM1.80 hingga RM1.98 seliter dan hasil jualan dibahagikan antara kru yang bertugas.

“Pada operasi itu, kita turut merampas dua kenderaan, 16 telefon bimbit, dua unit pengukur kedalaman tangki minyak, tiga cap pelbagai syarikat dan beberapa barangan lain yang berkaitan dengan sindiket untuk melakukan aktiviti penyelewengan minyak diesel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramli berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat dan sejauh mana aktiviti jenayah itu berleluasa.

Katanya, kesemua lelaki terlibat  ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kisah ‘ini kalilah’ Tangkak dan panglima mencatur permainan

BARU-BARU ini saya pulang ke kampung di Melaka, saya keluar ikut tol Tangkak, Johor. Keluar dari tol, saya menghala ke...

More Articles Like This