MENTERI Besar Selangor Pemerbadanan (MBI Selangor) menyatakan tidak berlaku kebocoran data dalam program Program Insurans Am Selangor (INSAN) seperti mana didakwa oleh sesetengah pihak.
Bagaimanapun, agensi itu menyatakan laman web INSAN sedang diperkukuhkan dengan ciri keselamatan tambahan selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan sistem itu untuk tujuan berniat jahat.
MBI Selangor dalam satu kenyataan berkata, dakwaan terdapat elemen pembocoran data rakyat dan penduduk Selangor bagi pendaftaran INSAN adalah tidak tepat.
Menurutnya, kerajaan negeri mengambil inisiatif melaksanakan proses prapendaftaran secara automatik dengan memadankan maklumat daripada daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan nombor kad pengenalan rakyat Selangor susulan menerima aduan kekangan mendaftar skim itu terutamanya daripada warga emas.
Menurutnya, walaupun prapendaftaran automatik ini menyediakan polisi kepada rakyat dan penduduk Selangor namun setiap penerima polisi perlu menyempurnakan proses pengesahan diri dan bersetuju menerima tawaran perlindungan tersebut.
“Jika pengesahan tidak dibuat, tuntutan perlindungan sosial RM10,000 untuk kes kematian atau pun kes hilang upaya akibat kemalangan tidak akan diberikan.
“Tidak berlaku kebocoran data kerana data program INSAN dilindungi oleh kerajaan Selangor,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Pada Selasa, timbul isu pertikaian pengguna didaftarkan tanpa kebenaran menerusi INSAN didakwa menggunakan data peribadi tanpa kebenaran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

