8 Petua Bawang Putih

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Bawang putih antara bahan penting dalam masakan, yang akan membuatkan hidangan rasa lebih ummpphh..! Aroma tumisan bawang putih, boleh membangkitkan selera. Bawang putih mempunyai ciri-ciri anti bakteria. Ia bertindak sebagai antiseptik, diuretik, insektisid dan pencuci organ dalam tubuh serta tonik yang untuk jantung. Banyak khasiat dan petua bawang putih, yang tidak kita ketahui. Percaya atau tidak, di dalam seulas bawang putih juga terdapat penawar yang cukup mujarab.

  1. Penawar Sengatan
    Jika anda disengat lipan, lebah atau apa jua binatang yang berbisa segera tumbuk bawang putih dan ditampalkan pada kesan sengatan, ia mampu meneutralkan bisa.
  2. Mengubati Batuk Dan Lelah
    Caranya mudah, tumbuk bawang putih dan diambil jusnya. Kemudiannya digaul dengan satu sudu besar madu berserta satu sudu kecil gula. Makan sehingga batuk dan lelah beransur baik.
  3. Lancarkan Pengaliran Darah
    Amalkan makan bawang putih mentah 3 ulas ketika makan nasi diwaktu siang dan malam. Ia boleh melancarkan aliran darah serta
    mencairkan darah yang pekat.
  4. Membersihkan Saluran Jantung
    Pengambilan bawang putih yang dikisar bersama halia dan madu, sangat baik untuk membersihkan saluran jantung yang berlemak.
  5. Penawar Sakit Gigi
    Ambil bawang putih, cuka, garam, teh dan madu. Gaulkan kesemua bahan tersebut dan tampal ke bahagian gigi yang sakit. Dengan amalan yang konsisten, gigi yang sakit beransur sembuh.
  6. Membantu Pencernaan
    Amalkan makan bawang putih untuk membantu pencernaan dan memperbaiki kadar metabolisme dalam badan.
  7. Menambah Berat Badan
    Jika inginkan penambahan berat badan, jadikan bawang putih sebagai ulaman ia boleh menambahkan selera selain boleh membantu membuang angin di dalam badan.
  8. Merawat Tumit Pecah
    Selain bawang putih itu sendiri, getahnya juga mempunyai rahsia tersendiri. Gosok tumit kaki yang pecah menggunakan getah bawang putih. Tumit kaki akan kembali sihat dan bersih.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This