“Dah tarik saman masih nak menyalak” – Puteri Sarah bengang bekas kakak ipar Ira Kazar jaja cerita, jumpa di mahkamah!

Dari Penulis

PELAKON Puteri Sarah Liyana ‘naik hantu’ apabila bekas menantu kepada aktor Kazar Saisi iaitu Wiwie Darvienda Mazweena masih terus menyebarkan kisah dirinya di media sosial.

Kata Puteri Sarah, seharunya individu tersebut bersyukur kerana dia sudah menarik semula kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan termasuklah dua ahli keluarganya.

“Pagi-pagi bangun ramai netizen yang kongsi dengan saya. Sejenis manusia bila dah elok semua diselesaikan, dah tarik saman masih nak menyalak.

“Saya sudah selesai dengan Syamsul, dah elok dan kami gembira dengan kehidupan sendiri. Dan awak entah dari mana bercakap tentang kami? Meroyan dekat kawan rapat kau?

“Dah tarik saman dah cukup baik…kau patut bersyukur tetapi tidak! Masih menjaja cerita. Tak tau nak publisiti ke apa,” luah Puteri Sarah menerusi Instagram storynya.

Menerusi hantaran sama, Puteri Sarah turut berkongsi tangkap layar wanita tersebut yang mendedahkan tentang perintah injuksi yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.

“Masa terus aku rasa lagi fishy sebab sana bagi surat injuksi kat aku. Injuksi tu maksudnya tak boleh bersuara.

“Tak boleh post apa-apa pasal dia. Sedangkan cerita aku lebih pada cakap pasal ayah dan ajak netizen buat baik.

“Start dah meluat masa ini. U ni sejenis tak boleh orang lain baik ke? Kena U saja baik dan orang lain jahat tak betul,” tulis Wiwie.

Sementara itu, Puteri Sarah akan terus mengambil tindakan perundangan terhadap Wiwie dan aakn membuat laporan kepada majikan Wiwie.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This