KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil inisiatif untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta bagi menaiktaraf Zoo Johor.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, banyak usaha serta perancangan daripada pihak kementerian bersama-sama Kerajaan Negeri bagi memastikan sektor pelancongan di Johor terus berkembang maju.
Jelas beliau, semua cadangan serta pandangan akan dipertimbangkan agar sektor pelancongan di Johor terus berkembang maju sekali gus mampu mengangkat negeri itu sebagai destinasi pilihan pelancongan dunia.
“Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan turun padang bersama Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing membawa beliau ke beberapa tempat menarik di Johor Bahru.
“Kerajaan Negeri ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada King Sing kerana menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta bagi kerja-kerja menaiktaraf Zoo Johor.
“Banyak usaha serta perancangan daripada pihak kementerian sedang giat dijalankan, bersama-sama Kerajaan Negeri bagi memastikan sektor pelancongan di Johor terus berkembang maju,” katanya.
Baca juga: Kejohanan Dunia: Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik mara, Tze Yong kandas
Beliau berkata kerja-kerja untuk menaik taraf Zoo Johor baru bermula dan dijangka siap menjelang suku pertama tahun hadapan.
Terdahulu, Menteri Besar turun padang bersama Tiong dan membawa beliau ke beberapa tempat menarik dalam bandar raya ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

