Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram

Dari Penulis

PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram menyaksikan persaingan tiga penjuru di kedua-dua kerusi tersebut.

Bagi kerusi Parlimen Pulai, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Suhaizan Kayat, disahkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH).

Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor dan Ketua AMANAH Bahagian Pulai akan ditentang calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar.

Zulkifli adalah Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pulai yang juga usahawan kelahiran Tampoi.

Baca juga: PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Manakala, bagi kerusi DUN Simpang Jeram pula, PH meletakkan bekas jurutera Majlis Perbandaran Muar (MPM), Nazri Abd Rahman sebagai calon di situ.

PN pula diwakili pakar bedah, Dr Mazri Yahya manakala S Jegananthan mewakili Bebas.

Pegawai Pengurus PRK DUN Simpang Jeram Jamil Hasni Abdullah mengumumkan ketiga-tiga calon sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This