Pelakon popular, Sophia AlBarakbah, 30, enggan mengulas dakwaan mengatakan hubungannya dengan kekasih dikenali Mr Doktor sudah berakhir.
“Maaf, saya tidak mahu komen mengenai perkara itu,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Menurut pemenang trofi Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH35) ini, buat masa ini dia mahu fokus untuk mengukuhkan kerjaya lakonannya.
“Saya sibuk membuat persiapan untuk ke lokasi penggambaran termasuk projek filem baru tidak lama lagi,” katanya.
Sebelum ini, kisah cinta Sophia dan kekasihnya itu heboh diperkatakan sekali gus mencuri perhatian ramai.
Malah, pelakon filem Jerangkung Dalam Almari itu juga lebih terbuka berkongsi kisah cinta mereka termasuk membawa kekasihnya itu menemaninya ke pelbagai acara hiburan.
Sumber: Harian Metro

