Impian nak naik pelamin musnah! Tiada lagi cinta antara Azri Iskandar, Noora Kay

Dari Penulis

HUBUNGAN cinta antara pelakon Azri Iskandar dengan usahawan dikenali sebagai Datuk Noora Kay berakhir dengan perpisahan pada hujung Mei yang lalu.

Noora, 48, mengesahkan bahawa perpisahan mereka berlaku kerana tiada keserasian antara mereka sebagai pasangan hidup.

“Apa yang saya boleh cakap memang kami sudah putus sejak akhir Mei lalu.

“Saya percaya ajal, maut dan jodoh semuanya ketentuan Allah.

“Selepas berkawan dengannya, saya rasa tiada keserasian di antara kami,” katanya memetik laporan mStar.

Noora turut menjelaskan bahawa Azri menerima keputusan perpisahan tersebut dengan baik dan mereka masih berkawan baik.

“Abang Azri seorang yang sangat baik. Apabila saya memberitahu yang saya rasakan kami tidak serasi, dia boleh terima dengan terbuka.

“Walaupun sudah berpisah, kami masih mengekalkan hubungan baik. Buat apa nak bergaduh, kami bukan budak-budak muda lag,” jelasnya.

Sebelum ini, hubungan Azri dan Noora menjadi bualan hangat apabila foto mereka makan malam bersama yang turut disertai bekas isteri Azri, Ellie Suriaty, tersebar di media sosial.

Rakan baik Noora, penerbit Datuk Ayu Puteh turut memberikan bayangan Azri akan menamatkan zaman duda dengan Noora.

Ayu menceritakan bahawa Azri dan Noora bertemu pada pertengahan tahun lalu ketika menghadiri tayangan sebuah filem.

Namun, Ayu tidak menyangka hubungan mereka semakin rapat sehinggalah Noora berkongsi tentang perkara tersebut.

Noora merupakan ibu tunggal dan memiliki dua orang anak.

Sebagai rekod, Azri dan Ellie bercerai pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun bersama. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This