Polis berkas pasangan kekasih curi gelang emas

Dari Penulis

SEPASANG kekasih ditahan selepas dipercayai mencuri seutas gelang tangan emas di sebuah kedai emas dekat Jalan Mamanda, Ampang, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pekerja kedai emas pada pukul 5.40 petang.

Beliau berkata, siasatan mendapati sepasang kekasih bangsa Melayu telah datang ke kedai itu untuk membeli cincin.

“Suspek wanita telah meminta pengadu membawa keluar tiga bentuk cincin dan diletakkan di atas dulang pameran sambil mencuba salah satu gelang dengan memakai di tangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pasangan tersebut telah bersetuju untuk membeli sebentuk cincin berharga RM308 dan cuba membuat pembayaran secara pindahan wang namun tidak dibenarkan oleh syarikat tersebut.

Katanya, pasangan tersebut telah membatalkan pembelian cincin dan beredar dari kedai emas.

“Pengadu kemudian tersedar seutas gelang tangan bernilai RM618 yang dicuba oleh suspek wanita telah hilang dan disyaki dicuri,” ujarnya.

Mohd Azam berkata, suspek lelaki berusia 35 tahun yang bekerja sebagai penghantar barang dan suspek berusia 26 tahun bekerja sebagai pereka tekstil ditahan di Bandar Saujana Putra pada pukul 9.30 malam tadi.

Katanya, turut dirampas tiga buah telefon bimbit, dua helai seluar warna coklat, sepasang kasut, sebuah kereta Myvi, seutas rantai tangan, sebuah topi dan sehelai baju-T.

Siasatan mendapati modus operandi suspek ialah dengan menyasarkan kedai emas.

“Pemeriksaan mendapati suspek pertama mempunyai empat rekod jenayah manakala suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah.

“Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati positif dadah morphine, opiate dan benzo,” ujarnya.

Kedua-dua suspek kini direman selama empat hari sehingga Jumaat dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This