Heliza Helmi kongsi detik cemas rasai gegaran gempa bumi 7.4 magnitud di Indonesia – “Capai jubah untuk tutup aurat…,”

Dari Penulis

PENYANYI dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi yang berada di Indonesia berdepan detik cemas susulan gempa bumi yang berlaku di Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan, Indonesia, awal pagi ini.

Menurut Heliza atau Nur Heliza Helmi,37, gegaran gempa bumi yang sangat kuat itu dapat dirasai dari hotel penginapannya.

“Saya tiba-tiba terjaga dari lena sebab penginapapan kami bergoyang kuat. Mula-mula saya ‘blur’ tak tahu apa yang berlaku tapi hotel bergoyang ke kiri dan kanan.

“Gegaran agak lama sampai pintu-pintu semua berbunyi,” katanya yang tidak berkongsi secara lanjut lokasi penginapannya bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Heliza berkongsi pengalaman merasai sendiri bencana alam itu menerusi Instagram miliknya.

Tambah Heliza lagi, dia bertanya dengan pihak pengurusan hotel dan mereka memberitahu ada berlakunya gempa bumi.

“Benda pertama saya capai ialah jubah untuk tutup aurat dengan sempurna sebab tak tahu apa yang berlaku.

“Selepas itu saya menghubungi pihak hotel dan bertanya, mereka kata ada gempa bumi.

“Selepas beberapa minit buat carian di Internet, sahih ada gempa bumi.

“Doakan semuanya selamat di sini. Setakat ini Alhamdulillah,” tulisnya.

Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean Seismological Centre (EMSC), gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter melanda kawasan laut dalam ke utara pulau Bali dan Lombok di Indonesia kira-kira jam 2.55 pagi, hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This