10 bekas juara berentap dalam All Stars Gegar Vaganza, 5 lagi peserta akan dipilih berdasarkan undian peminat

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PROGRAM realiti terkenal Gegar Vaganza (GV) kembali untuk musim ke-10 yang bakal ditayangkan pada 24 September ini.

Edisi pada tahun ini lebih istimewa apabila ia menampilkan All Stars Gegar Vaganza yang dibarisi oleh 10 bekas juara daripaada musim pertama hingga kesembilan.

Mereka ialah juara musim pertama iaitu Ayai, Siti Nordiana (musim kedua), Azharina Azhar (musim ketiga), Naqiu dan Hardy Mirza (musim keempat).

Selain itu, Noryn Aziz (musim kelima), Datuk Aishah (musim keenam), Cliff Umar (musim ketujuh), Aliff Aziz (musim kelapan) serta Jaclyn Victor (musim kesembilan) turut tidak ketinggalan untuk bertanding.

Pengumuman barisan peserta ini dibuat pada sidang media yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, lima peserta pilihan yang terdiri daripada pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat juga disenaraikan menerusi kerusi ‘hot seat’. Peserta akan dipilih menerusi undian peminat bermula hari ini di laman sesawang www.astrogempak.com. Undian akan ditutup pada 10 September 2023, pukul 11.59 malam.

Barisan juri pula terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Kejutan bakal menanti penonton apabila pengacara program tersebut hanya akan diumukan pada minggu pertama pertandingan.

All Stars GV masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara pula berpeluang membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.

All Stars GV bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium Shah Alam (MBSA) bermula 24 September ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari peminat tegar ke rakan sepentas! Insomniacks cipta sejarah buka tirai konsert 5SOS di Malaysia

IMPIAN sedekad yang selama ini hanya tersemat di dada akhirnya terungkai dengan penuh gemilang!  Kumpulan pop-rock tempatan kegilaan ramai, Insomniacks,...

More Articles Like This