Polis sahkan penemuan tengkorak manusia dalam longkang di Jalan Kebun, Klang

Dari Penulis

POLIS mengesahkan penemuan rangka manusia tidak sempurna di dalam longkang dekat tepi Jalan Kebun, Klang pada malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada seorang lelaki Melayu pada pukul 8.15 malam.

Beliau berkata, sepasukan pegawai, anggota polis dan pasukan forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen Selangor serta Unit Pengesan Anjing K9 dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati terdapat satu tengkorak kepala manusia dan badan dipercayai dari bahagian pinggang hingga ke bawah dalam keadaan tidak sempurna.

“Rangka tersebut telah tersangkut pada paip yang berada di dalam longkang,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, rangka tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam bagi tujuan bedah siasat.

Hoong Fong berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat tidak sempurna.

“Bagaimanapun, forensik mengesahkan rangka tersebut adalah seorang lelaki berusia 30-an dan berbangsa tidak pasti,” ujarnya.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menyalurkan maklumat di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This