Perpaduan kaum kunci utama keharmonian, kesejahteraan rakyat dan negara – Agong

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERPADUAN antara berbilang bangsa dan kaum adalah kunci utama kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat serta negara.

Demikian titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi hantaran di Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah, perkara itu bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuh Harapan’.

Malah, Yang di-Pertuan Agong bertitah, keutuhan perpaduan merupakan kunci utama kepada kestabilan dan kemakmuran negara serta benih dan sumber kekuatan bagi menghadapi apa jua cabaran semasa dan mendatang.

Seri Paduka turut menyeru rakyat mengimbau kembali lebih enam dekad yang lalu di mana semangat kenegaraan dan cintakan tanah air telah menyatupadukan rakyat sekaliannya dengan tekad dan iltizam sehingga kemerdekaan yang diidamkan menjadi realiti.

“Seri Paduka juga menyeru rakyat menghargai dan menghayati jasa para pemimpin, pejuang dan patriot kemerdekaan negara memupuk perpaduan rakyat serta anggoa pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara.

Baca artikel berkaitan: Rakyat zahir semangat patriotisme, cintakan negara pada sambutan Hari Kebangsaan 2023

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab bersama pemimpin dan rakyat dalam bukan sahaja memelihara dan mengukuhkan lagi keharmonian serta pepaduan yang dikecapi selama ini, malah menyemarakkannya lagi sesama kita,” titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar Malaysia terus dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan perpaduan yang berkekalan serta dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia di negara ini mahupun yang berada di luar negara.

Seri Paduka berdua merafak kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya baginda berdua dan seluruh rakyat Malaysia dapat bersama-sama meraikan ulang tahun hari bersejarah ini pada usia kemerdekaan negara menginjak ke-66 tahun, dalam suasana harmoni serta aman dan damai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia ucap tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang tahun penubuhan ke-105

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang...

More Articles Like This