Kempen “Tindakan Kecil, Perubahan Besar” Daia membuahkan hasil apabila berjaya menyebarkan kasih sayang dan menabur bakti kepada masyarakat. Kempen CSR yang dilancarkan pada bulan Mei lalu, dibina atas keyakinan bahawa setiap bakti yang ditaburkan tidak kira walau sekecil mana sekalipun mampu mencetuskan perubahan yang signifikan.
Lisa Surihani memainkan peranan penting dalam menjayakan acara itu menerusi perkongsian kisah-kisah berinspirasi yang menyentuh hati para hadirin. Mesej yang disampaikan selari dengan komitmen teras Daia dalam memupuk anak-anak kecil dan menggaris misi jenama dalam meraikan detik-detik yang dianggap biasa tetapi amat bermakna ini.
Selain perkongsian Lisa, Daia juga menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 yang berjaya dikutip di sepanjang kempen tersebut kepada tiga rumah anak yatim yang bekerjasama dengan Daia. Sumbangan besar ini bukan sahaja membuktikan komitmen Daia dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan anak-anak muda, tetapi turut mempamerkan tekadnya dalam menjayakan misi memupuk budaya yang bertunjangkan sifat pengasih dan penyayang.
“Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif ini, kerana kanak-kanak kurang bernasib baik ini wajar diasuh. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai kelebihan yang sama seperti kanak-kanak lain. Saya berkongsi wawasan yang sama dengan Daia untuk mengangkat martabat anak-anak ini, dan dengan sukarelanya memikul tanggungjawab besar untuk memberi inspirasi kepada mereka, agar lebih peka tentang alam sekitar, disamping turut memupuk kebolehan kreativiti dan sifat kesedaran,” ulas Lisa.
Ia mempunyai matlamat yang jelas iaitu untuk mewujudkan impak positif dengan menyumbang RM0.50 dari setiap pembelian produk Daia, termasuk Daia Hijab All Day Freshness yang baru dilancarkan.
Produk ini adalah satu satu penyelesaian inovatif yang menghapuskan semua bau termasuk bau peluh ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, memberikan kesegaran sepanjang hari kepada pemakai hijab dan keluarga mereka. Langkah yang dianggap sebagai kecil ini tetap mampu memberikan impak yang ketara, terutamanya dalam usaha memupuk budaya saling bantu-membantu.

