KBS akan selia pemasangan kaki palsu Aqil

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengambil inisiatif untuk menyelia rawatan prostetik Muhammad Aqil Naufal Zahiran yang memerlukan kaki palsu paras pinggul.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, Muhammad Aqil Naufal telah dibawa bertemu dengan pakar prostetik, Artalive Sdn Bhd untuk penilaian bagi menentukan jenis rawatan yang diperlukan untuk membolehkannya menyertai aktiviti sukan.

“Adik Muhammad Aqil Naufal yang berusia 11 tahun baru-baru ini menjadi tular apabila klip video yang memaparkan dia menamatkan perlumbaan 100 meter menggunakan tongkat.

“Ia bukan tentang menjadi yang terpantas tetapi mengenai keinginan dan keazamannya untuk menamatkan
perlumbaan yang mengagumkan saya”,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: ‘Saya bersyukur punyai sahabat seperti Salahuddin’ – Hannah Yeoh

UtusanTV sebelum ini memuat naik video larian Muhammad Aqil Naufal menyertai kejohanan olahraga pendidikan khas Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023.

Video tersebut sehingga kini telah ditonton lebih 5.4 juta kali dan mendapat 634,000 tanda suka daripada netizen.

@utusantvofficial

Min kongsi ? milik faridkamaruddin18 menunjukkan semangat juang seorang murid OKU bersama gurunya. Rakaman pada Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSD #Jerantut #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ Gemilang – Ella

Dalam pada itu, Hannah menasihatkan mereka yang kurang upaya untuk memohon kad orang kurang upaya (OKU) sebagai langkah pertama.

“Mereka yang kudung kaki dan ingin bermain bola sepak boleh hubungi 011-36296375 atau e-mel ke [email protected] atau berhubung di media sosial melalui laman Facebook dan Instagram projek_tongkat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This