Mustapa Omar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MPI yang baharu

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DATUK Mustapa Omar telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

MPI dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan Mustapa bagi menggantikan Datuk Dr Chamil Wariya yang tempoh perkhidmatan beliau berakhir pada 30 Jun lalu.

“Beliau mempunyai pengalaman lebih 33 tahun dalam bidang kewartawanan memulakan kerjaya awal di Berita Harian dan bersara pada 2017 dengan jawatan terakhir sebagai Pengarang Kumpulan Harian Metro.

“Pihak pengurusan MPI yakin dengan pengalaman, kepakaran dan kreadibiliti beliau mampu memperkasakan lagi tadbir urus dan meneruskan kecemerlangan MPI,” jelas kenyataan tersebut.

Baca juga: Perjuangan pemimpin terdahulu harus sentiasa diingati, dihargai

Dalam pada itu, MPI mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Ahli Majlis Pentadbiran merakamkan penghargaan terima kasih kepada sumbang bakti selama 16 tahun Chamil sepanjang beliau menerajui MPI sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This