SEBANYAK lapan buah motosikal disita dalam Operasi Khas Pencegahan Jenayah sempena ambang merdeka yang dijalankan di Jalan Bunga Raya, Taman Kencana pada malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya juga turut menjalankan Operasi Samseng Jalanan di Jalan Ampang, Jalan Putra, Bukit Ampang Saujana dan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang pada pukul 9 malam hingga 2.30 pagi.
Beliau berkata, operasi terbabit dijalankan bagi mengambil langkah-langkah pencegahan awal dari berlakunya aktiviti yang tidak sihat sempena meraikan ambang merdeka.
“Hasil dari dua operasi itu, sebanyak lapan buah motosikal yang disita telah dibawa ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya bagi proses dokumentasi serta memanggil pemilik.
“Sebanyak 55 keping saman juga telah dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, lampu merah dan pelbagai kesalahan trafik yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, motosikal tersebut disita di bawah Seksyen 64(1)/6(4) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

