DETIK gembira seorang pengantin perempuan bertukar pilu apabila terpaksa dinikahkan dengan bapa mentua selepas kekasihnya menghilangkan diri.
Memetik laporan Tribun News, kejadian berlaku di Desa Jikotamo, Obi dekat Halmahera Selatan.
Difahamkan, calon suami yang dikenali sebagai Isra telah menghilangkan diri sejak Selasa dan tidak kunjung tiba pada hari majlis pernikahan.
Hal tersebut menyebabkan bapa kepada lelaki itu mengambil alih tempat anaknya dan dinikahkan dengan wanita itu.
Menurut abang kepada pengantin perempuan yang dikenali sebagai Wisto Ahmad, keluarganya telah tiba ke lokasi akad nikah sebaik sahaja menerima perkhabaran tersebut.
“Para tetamu sudah datang untuk memenuhi undangan pernikahan.
“Keluarga lelaki itu kemudian memberitahu yang anak mereka hilang tanpa dapat dikesan,” katanya.
Jelasnya lagi, pengantin perempuan itu difahamkan telah menjalin hubungan cinta yang agak lama dengan pilihan hatinya.
Tambahnya, dia dan keluarga mengalami kerugian sebanyak RM7,630 (27 juta Rupiah) bagi menguruskan pernikahan tersebut.
Wisto berkata, dia belum mengambil tindakan undang-undang selain mengaku keluarganya malu akan insiden tersebut.
Menerusi video tular dapat dilihat seorang lelaki yang mengenakan baju kemeja lengan panjang duduk berhadapan dengan bapa pengantin perempuan dalam majlis ijab kabul.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

