DAP jadi ‘anjing suruhan’, tidak takut kehilangan pengundi Cina – Khairy

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KHAIRY Jamaluddin menyifatkan DAP telah menjadi seperti ‘anjing suruhan’ yang membenarkan salah laku kuasa selepas dilihat hanya bersikap pasif terhadap kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy yang pernah menggalas tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO berkata, DAP ketika ini sudah tidak mempunyai prinsip dan menjadi lebih teruk daripada tuduhan yang dilemparkan kepada MCA sebelum ini.

“DAP ‘tiada lagi sempadan merah’. Lebih teruk daripada apa yang mereka gunakan untuk menuduh MCA dulu. Anjing suruhan dan membiarkan penyalahgunaan kuasa.

“Tapi mereka tahu ia tidak penting. 95 peratus pengundi Cina masih akan terus menyokong mereka,” katanya menerusi hantaran yang dimuatnaik di aplikasi Instagram beliau hari ini.

Baca juga: Peguam Negara perlu beri penjelasan terbuka kes Ahmad Zahid – DAP

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook meminta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk memberikan penjelasan terbuka susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 tuduhan melibatkan kes Yayasan Akalbudi.

Menurut Loke, DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun penjelasan daripada Peguam Negara perlu dinyatakan demi prinsip keadilan dan akauntabiliti.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk DNAA Timbalan Perdana Menteri itu daripada semua pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This