Mohammad mampu pacu ATM jadi angkatan yang utuh

Dari Penulis

MENTERI Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan percaya kewibawaan, kredibiliti serta daya kepimpinan tinggi Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman, mampu merealisasikan hasrat ATM menjadi sebuah angkatan yang utuh.

Beliau berkata pelantikan Mohammad mampu memacu ATM ke arah menjadi sebuah angkatan yang bersepadu, tangkas dan berfokus, agar mampu berhadapan persekitaran keselamatan yang dinamik dan tidak menentu.

“Mohammad telah berkhidmat selama 36 tahun dalam dunia ketenteraan, pernah dilantik sebagai Pengarah Bersama di Pasukan Khas Imunisasi COVID-19 dan berjaya membawa Malaysia keluar dari belenggu pandemik tersebut, melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada tahun 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang kepada Mohammad di Wisma Pertahanan, hari ini.

Baca artikel lain: Starlink dipasang di SK Malaing, Sabah – Fahmi

Mohammad, 59, sebelum ini merupakan Panglima Tentera Darat (PTD) yang ke-29 setelah dilantik pada 22 Mac tahun ini.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan itu berkata ATM perlu berupaya bertindak balas terhadap ancaman keselamatan tradisional dan bukan tradisional, dengan tahap kesiapsiagaan yang tertinggi.

“Rakyat amat mengharapkan sebuah angkatan bersenjata yang benar-benar utuh dan siaga, serta mampu mengharungi apa jua bentuk ancaman yang mendatang.

“Sebagai perisai pertahanan negara, pengukuhan pertahanan ATM mesti dilakukan secara komprehensif bagi melindungi kepentingan negara, terutamanya dalam mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah,” katanya.

Terdahulu, Mohamad turut menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas antara Mohammad kepada Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan yang dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu.

Mohamad turut melahirkan keyakinan dengan pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai PTD yang ke-30, dalam memacu Tentera Darat supaya terus teguh bagi memastikan keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This