AKAUN Telegram milik Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Wan Junaidi dalam kenyataan memaklum, akaun Telegramnya itu telah digodam sejak beberapa hari lepas.
Jelas Wan Junaidi, beliau telah melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung perkara tersebut untuk tindakan yang selanjutnya.
“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan ataupun mesej yang mengakui diri dan menyamar sebagai YB Tan Sri Wan Junaidi terutamanya jika ada perkara yang melibatkan kewangan atau temujanji untuk berjumpa.
“Bagi sesiapa yang menerima mesej atau panggilan sebegini, boleh menghubungi pejabat saya di talian 03-2601 7610 untuk pengesahan lanjut,” katanya.
Baca juga: SPRM siasat Jasmine Loo berkaitan rasuah, pengubahan wang haram
Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, beliau amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan turut melaporkan tindakan penggodam-penggodam kepada pihak yang berkuasa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

