PARTI DAP tidak akan sama sekali menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan disebabkan isu kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Jaminan itu ditegaskan Naib Presiden DAP, Nga Kor Ming ketika ditanya mengenai tindakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Menurut Kor Ming, DAP akan kekal memberi sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memimpin negara.
“DAP adalah rakan setiakawan dan sentiasa setia kepada perjuangan,” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Baca juga: Kes Zahid: ‘Sejarah hitam buat negara’ – LUHAM Pas Pusat
Terdahulu, Syed Saddiq menegaskan Muda tidak akan teragak-agak untuk menilai kedudukannya semula dalam menyokong Kerajaan Perpaduan jika tiga tuntutan parti itu terhadap perkembangan kes membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak diambil tindakan susulan oleh kerajaan.
Beliau Mengulas mengenai tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpas membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.
Dalam pada itu, Kor Ming berkata, sebagai Ahli Parlimen yang bersama dengan kerajaan, Syed Saddiq sepatutnya menggunakan saluran sebelum mengeluarkan kenyataan untuk menarik balik sokongan yang diberikan parti itu kepada Kerajaan Perpaduan.
Disamping itu, beliau berkata, bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun seharusnya tampil memberi penjelasan lanjut mengenai kes Zahid itu.
“Saya rasa yang perlu jawab adalah bekas peguam negara. Semua pihak juga perlu faham bahawa Perlembagaan Persekutuan 145(3) memberi kuasa mutlak dan budi bicara kepada peguam negara sama ada untuk buat pertuduhan, penarikan pertuduhan ataupun apa-apa keputusan berkaitan kes jenayah.
“Pihak polis hanya mempunyai kuasa siasat dan yang berkuasa mendakwa pula peguam negara. Justeru, isu ini sepatutnya dijawab oleh Idrus,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

