PRESIDEN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dinasihatkan untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Muar.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tindakan itu dilihat jauh lebih baik berbanding sekadar mengugut untuk menarik balik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.
Mohd Puad berkata, Syed Saddiq dan Ahli Parlimen Putri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz tidak mampu menang dalam pilihan raya umum (PRU) tanpa sokongan Pakatan Harapan (PH).
“Parti Muda tidak perlu beri amaran untuk tarik sokongan atau turun ke jalan raya. Tarik sahaja sokongan kalau Muda anak jantan tulen.
“Daripada ugut kerajaan hilang majoriti dua pertiga elok Syed Saddiq kosongkan kerusi.
“Bolehkah Muar dan Puteri Wangsa menang tanpa sokongan PH? Sudah pasti tidak berani. Cuma mengugut,” katanya.
Baca juga: PM Anwar hadiri mesyuarat rakan dialog pada hari terakhir sidang kemuncak ASEAN
Terdahulu, Muda mengancam keluar daripada Kerajaan Perpaduan jika tiada penjelasan terperinci daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung keputusan mahkamah yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan rasuah.
Syed Saddiq berkata, dalam mesyuarat parti yang diadakan kelmarin, Muda menganggap keputusan itu adalah salah satu ‘garis merah’ yang sudah dilanggar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

