Lelaki maut selepas dilarikan, polis tahan empat kenalan

Dari Penulis

EMPAT lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian melarikan seorang lelaki di kawasan perumahan Kampung Muhibbah, Bukit Jalil pada Isnin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada bapa mangsa pada pukul 5.02 pagi.

Beliau berkata, pengadu mendakwa anak lelaki berusia 25 tahun telah dibawa lari oleh sekumpulan lelaki yang dikenali.

“Pada 12.55 tengah malam semalam, mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan kecederaan dekat sebuah stesen minyak Batu 14, Puchong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, empat lelaki tempatan berusia 27 hingga 35 tahun ditahan polis.

Katanya, pemeriksaan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan kini direman sehingga Ahad.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis kini memburu dua suspek yang masih bebas,” ujarnya.

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This