KEPUTUSAN melepas tanpa membebaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram telah menjadikan Malaysia sebagai negara yang berkompromi.
Itu pandangan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan ketika membahaskan isu pembebasan Ahmad Zahid menerusi program podcast Keluar Sekejap semalam.
Shahril berkata, keputusan melepaskan Ahmad Zahid itu membuatkan rakyat yang tidak cenderung kepada mana-mana parti politik sangsi dengan hala tuju negara.
“Apa itu Malaysia sekarang? Kita sebelum ini adalah negara yang penuh harapan, tetapi sekarang saya rasa kita bukan lagi negara yang berharapan.
“Kita bukan lagi negara berprinsip, kita bukan lagi negara yang beridea, tetapi kita telah menjadi negara yang berkompromi. Semalam (kelmarin) adalah bukti bahawa negara kita adalah berasaskan kompromi,” katanya.
Baca juga: Saya rasa sedih kepada Anwar, reformasi jadi ‘reformati’ – Khairy
Mengulas lanjut, Shahril berkata, demokrasi dan tata kelola adalah jenama yang sinonim dengan Pakatan Harapan (PH) khususnya apabila parti PKR ditubuhkan.
Begitupun, katanya, semua perjuangan itu telah hilang apabila Ahmad Zahid dilepaskan daripada kes mahkamah.
“Sekarang kalau letakkan saya sebagai rakyat yang tidak berparti, saya tidak tahu mahu berharap kepada siapa. Nak berharap kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun sudah susah.
“Nak berharap kepada PH, dah tak ada. Nak berharap kepada UMNO, parti itu pula macam itu (bermasalah). Nak berharap kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), parti ini kalah semua, hilang deposit,” katanya.
Shahril menambah, tindakan melepaskan Ahmad Zahid dari kes mahkamah itu akan menjadi momen yang tidak akan dilupakan rakyat Malaysia.
Beliau berpandangan, tindakan itu juga satu kesilapan oleh Kerajaan Perpaduan yang mungkin melihat tempoh masa Pilihan Raya Umum (PRU) dalam empat tahun lagi sebagai deposit selamat buat PH.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

