POLIS kini memburu seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan samun bersenjata pisau di sebuah bank dekat Ipoh, Perak.
Video penuh klik link di bawah.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya telah mengesan satu klip video tular sejak semalam memaparkan kejadian samun seorang wanita.
Beliau berkata, semakan mendapati kejadian berlaku pada 14 Mei lalu pukul 5.20 petang.
“Mangsa merupakan seorang wanita Cina berusia 50-an dan telah mengalami kerugian sebanyak RM300 dalam kejadian samun itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, polis kini masih mengesan suspek telibat yang dipercayai boleh membantu menyelesaikan kes jenayah ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Deputi Superintendan Mohd Zulkefli Mohd Muktar di talian 012-4336 999 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

