Penduduk Flat Taman Segar Perdana resah diganggu 25 ekor anjing liar

Dari Penulis

KIRA-KIRA 500 penduduk Flat Taman Segar Perdana, Cheras, resah akan keselamatan mereka ekoran ancaman puluhan anjing liar yang berada di kawasan kediaman mereka sejak Disember 2022.

Menurut penduduk sekurang-kurangnya terdapat kira-kira 25 ekor anjing liar sentiasa berkeliaran di Flat Blok C sehingga menyebabkan penduduk fobia untuk keluar rumah kerana bimbang diserang serta dikejar haiwan terbabit.

Seorang penduduk, Mohd Shahril Mohd Isa, 33, berkata, isteri dan anak berusia 11 bulan pernah mengalami detik-detik cemas apabila diancam sekumpulan anjing liar.

“Kejadian berlaku ketika isteri dan bayi dalam perjalanan ke kereta untuk mengambil anak dari sekolah.

“Tiba-tiba, sekumpulan anjing datang menyerang isteri dan secara spontan isteri telah terlepas bayi di dukungan lalu terjatuh ke tanah.

“Anjing liar tersebut cuba untuk menerkam isteri dan bayi tetapi berjaya diselamatkan oleh penduduk yang kebetulan berada di lokasi,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Bayi kepada Mohd Shahril Mohd Isa mengalami kecederaan di kepala.

Jelasnya, anjing liar ini bukan sahaja sering membuat bising di waktu malam, malah turut menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan hingga mengotorkan kawasan sekitar.

Mohd Shahril yang juga seorang pemandu berkata, anjing liar ini juga sering dilihat berehat di bawah tangga flat, bawah kereta penduduk dan tempat letak motosikal.

Beberapa ekor anjing liar dilihat berehat berdekatan rumah penduduk.

Katanya lagi, dia terpaksa menghalang anak-anak daripada keluar beriadah di taman permainan ekoran bimbang diserang anjing liar.

Antara kucing yang ditemui mati oleh penduduk akibat diserang anjing liar.

Menurut seorang lagi penduduk, Farihah Jamaluddin,37, aduan dan laporan telah dibuat di Balai Polis Batu 9 serta Majlis Perbandaran Kajang berhubung kehadiran anjing liar itu.

Bagaimanapun sehingga kini tiada tindakan berkesan diambil bagi meringankan masalah yang membelenggu penduduk.

Malah, sikap Majlis Perbandaran Kajang yang beranggapan aduan terlalu banyak dan tidak dapat memberi tumpuan pada satu-satu lokasi sahaja adalah tidak munasabah.

Antara aduan yang dilakukan oleh penduduk Flat Taman Segar Perdana, Cheras, berhubung kejadian anjing liar.

Jelas Farihah, kerap kali penduduk membuat aduan berkaitan ancaman anjing liar ini di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang.

Bagaimanapun, inisiatif yang dilakukan penduduk sehingga kini tidak membuahkan hasil.

Antara aduan yang dilakukan oleh penduduk Flat Taman Segar Perdana, Cheras, berhubung kejadian anjing liar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This