POLIS hari ini mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian tular membabitkan penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ketika melakukan operasi menangkap anjing liar di Taman Kanagapuram, Petaling Jaya, pada malam Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan itu diterima kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Katanya, operasi dijalankan disebabkan aduan orang awam yang diterima oleh MBPJ.
“Sewaktu operasi penangkapan dijalankan, terdapat seorang lelaki tempatan cuba melindungi anjing-anjing liar dengan memasukkan haiwan tersebut ke dalam premisnya.
“Pengadu dan pasukan cuba menghalang lelaki tersebut daripada menutup pintu premis supaya operasi penangkapan boleh dilaksanakan, tetapi telah gagal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, lelaki tempatan itu tidak memberi kerjasama sewaktu operasi dijalankan dan berlaku pergelutan dengan anggota MBPJ sehingga menyebabkan pemilik premis terkena batang rod menangkap anjing.
“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas,” katanya.
Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah serta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan dijalankan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

