BANGSA Johor telah membuktikan bahawa mereka mempunyai jati diri, cara dan keistimewaan tersendiri dalam mempertahankan prinsip kesederhanaan, progresif serta inklusif.
Itu penegasan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram.
Menurut Asyraf, kemenangan itu juga membuktikan bangsa Johor mempertahankan prinsip-prinsip tersebut berasaskan sifat keindukkan Islam dan Melayu dalam realiti kemajmukan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara tercinta ini.
“Tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Pulai yang baharu Suhaizan Kayat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram Ir. Ts. Nazri Abdul Rahman yang diberikan kepercayaan kepada rakyat untuk memenangi PRK kali ini.
“Syabas, terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Khaled Nordin dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz.
“Kedua-dua pemimpin ini bekerja keras menggerakkan seluruh jentera BN Bahagian-Bahagian di Negeri Johor yang berkampung di setiap Pusat-Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk kedua-dua Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram selama lebih dua minggu,” katanya.
Baca juga: Ahmad Zahid mangsa pendakwaan musuh politik – Asyraf Wajdi
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, gabungan PH-BN perlu membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri mampu memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat.
Katanya, Kerajaan Perpaduan juga perlu membuktikan kemampuan untuk membawa negara dan Johor ke arah kecemerlangan hingga mampu mensejahterakan kehidupan rakyat berbilang agama dan kaum.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

