Lindungi kulit wajah dengan Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser, rumusan aloe vera bantu selesai masalah

Dari Penulis

Cetaphil®, jenama penjagaan kulit dermatologi melancarkan Hydrating Foaming Cream Cleanser, pembersih muka dan badan “krim kepada buih” baharu. Dirumuskan dengan aloe vera, pembersih yang memelihara dan melembapkan kulit ini adalah sesuai untuk semua jenis kulit dan terbukti secara klinikal memberikan perlindungan kepada lapisan pelindung kulit sehingga lapan jam.

Pengurus Cawangan Galderma Malaysia, Cindy Tiu, menekankan komitmen Galderma yang tidak berbelah bahagi untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju kategori dermatologi sejati terkemuka yang mendorong inovasi dalam bidang ini.

“Galderma dan Cetaphil®  komited dalam mendefinisikan semula penjagaan kulit, satu produk inovatif pada satu-satu masa. Kami memahami keperluan pengguna yang semakin berkembang, justeru inilah sebabnya kami memperkenalkan Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser – pembersih berbuih yang memenuhi keperluan khusus ini.

“Meskipun pembersih tradisional menawarkan ciri berbuih yang diingini oleh pengguna, produk itu lazimnya menggunakan sistem surfaktan berasaskan sulfat yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan masalah kulit yang lain. Produk dihasilkan dengan teliti untuk membersihkan kulit secara berkesan di samping mengekalkan kelembapan kulit, tanpa sabun, pewangi dan paraben, sekali gus memastikan cirinya sebagai penyelesaian penjagaan kulit yang lembut namun menyeluruh,” ulasnya menerusi siaran media.

Menggunakan teknologi yang terkini bagi produk “krim kepada buih”, Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser mengaplikasikan Sistem Surfaktan Asid Amino yang berkesan untuk menyingkirkan kotoran, minyak berlebihan dan solekan, di samping memastikan kulit kekal sihat dan tidak kering.

Teknologi ini juga menggabungkan sifat Aloe Vera yang menenangkan kulit dengan campuran bahan yang disokong secara dermatologi, iaitu Gliserin, Niasimida, dan Panthenol. Pembersih ini yang diaktifkan dengan air untuk bertukar kepada buih, membantu untuk mengekalkan kelembapan dalam kulit, lantas menjadikannya terhidrat dan berasa nyaman.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This